Pelajar SMK Taun Gusi ponteng semakin serius
KOTA BELUD 21 Sept. - Gejala ponteng sekolah yang melibatkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi di sini amat membimbangkan penduduk Kampung Tawadakan yang berhampiran dengan sekolah tersebut.
Menurut penduduk kampung terlibat, biasanya pelajar sekolah itu akan memasuki ke kampung terlibat antara pukul 10 pagi hingga 3 petang pada waktu persekolahan melalui Jambatan Tawadakan.
Menurut mereka, pagar sekolah yang telah usang memudahkan lagi para pelajar membuat beberapa 'jalan tikus' untuk keluar dari sekolah itu pada bila-bila masa yang mereka mahu."Pihak sekolah disaran supaya bekerjasama dengan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di kampung berhampiran dan melibatkan sama polis serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Seorang penduduk, Hasanudin Abd. Samad, 61, mendakwa, pelajar terbabit menjadikan sebuah kedai kopi di sini sebagai tempat lepak yang popular selain Jambatan Tawadakan yang baru siap diperbaiki dua tahun lalu itu.
"Mereka turut merosakkan susur jambatan, mengambil minuman keras dan melakukan kegiatan tidak bermoral apabila para penduduk yang sering menggunakan jambatan menemui beberapa botol minuman keras dan kondom yang dibuang di bawah jambatan," katanya.Beliau mendakwa, gejala itu telah bermula sejak dua tahun lalu tetapi kini semakin menjadi-jadi malah menimbulkan masalah lain seperti kejadian gangsterisme termasuk melibatkan pergaduhan antara para pelajar wanita.
Sementara itu, Pembantu Penolong Kanan Petang SMK Taun Gusi, Alizah Ajik ketika ditemui berkata, pihak sekolah telah mengambil pelbagai tindakan terhadap mereka yang ponteng seperti menggantung persekolahan, namun selepas tempoh hukuman tamat, mereka mengulangi kesalahan tersebut.
Katanya, perancangan untuk membina pagar konkrit bagi menggantikan pagar sedia telah dibuat sebelum ini, namun apabila pengetua sekolah dipindahkan ke Tawau baru-baru ini, rancangan tersebut belum mencapai kata putus sehingga kini.
lihat la manusia di luar sana.orang lain yang melakukan kesalahan. semua pelajar SMK TAUN GUSI mendapat malu. cesh kau ! mampus kau ! orang yang buat kesalahan di atas memang KKS. kurang kasih sayang okeh!!
gambar di atas adalah kawasan yang di larang! haha. di situ la kawasan yang di maksudka dalam articel di atas. ko glak? time kami bergambar i sini pak guard jaga kami! boahh... punya lucuk. di halaunya kami. boahh! kami bukan budak nakal pakkk! boahh..
tapi tengokla sekarang.. santek sudah pagar kami haha...
No comments:
Post a Comment